Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Thursday, April 23, 2009

:: TAHU, MAHU n JIHAD ::

SALAM 'ALAIK.. harap sihat2 smua..saja nak buat posting..memberi tazkirah untuk diri sendiri dan sesama kita..sok roomate ku bakal menduduki exam Quran syafawi..begitu tekun dia mengulang Quran..heheh daku ini bagaimana??..untuk SITI ROSLINA buat yang terbaik..anda mampu lakukan yang terbaik, bukan ilmu itu untuk diri sendiri tapi untuk agama Allah..:pompom: Ya Allah permudahkan adik2 Qiraat(thun 1 n 2) kami ni..semoga mereka dipermudahkan dalam imtihan..diberi keyakinan..aminn...Innallah ha ma'ana..

So posting kali ni aku ambil dari artikel iLuvislam..kredit untuk penulis. Walaupun pendek tapi bagi aku ia cukup padat dan mampat dan bleh difahami..so slamat membaca..:mRempit:



Tahu, Mahu dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??


Sumber : ibnulatef.iluvislam.com


celoteh baie's: teringat kembali scene dalam cerita SANG MERABBI, perjuangan apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan akan menyebabkan kita menjadi lemah dan leka untuk kembali berjuang berbanding dengan apabila kita diuji dengan kekerasan dan keganasan,kita akan semangat dan akan tetap bertahan untuk terus berjuang..semangat juang dan jihad kita semakin tinggi apabila kita semakin ditindas..maka fikir2kanlah..


0 comments:

Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Modified by Blogger Tutorial

:: Peringatan Buat Orang Yang Berakal :: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP