Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Wednesday, June 10, 2009

:: JEMAAH TGH SEMAYANG DITEMBAK ::

Salam 'alaik..ermm hari ni saya baca baca paper. Rasa maam nak berkongsi perasaan dengan anda bila baca berita nih..kejadian ini berlaku di Narathiwat..tapi apa yang menyedihkan ia berlaku pada orang Islam saudara seakidah kita..APA PERASAAN ANDA? petikan berita ini saya amik dari harian online...

'Saya hanya ingat mati'

Daripada Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.


Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.


Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.


moga roh mereka dicucuri rahmat dan diempatkan dikalangan orang yang beriman.

READ MORE - :: JEMAAH TGH SEMAYANG DITEMBAK ::

Thursday, May 28, 2009

:: HARI YANG BERMAKNA ::

salam...

ketemu lagi..sudah lama tak menghapdet blog nih..al-maklumlah masa smakin suntuk dah..tapi ari nih cam nak gerakkan jari nih menari-nari atas keyboard untuk type sesuatu..ari ni happi sangat suka..sangat gembira..huhuhu..dalam keresahan dalam mood yang agak takut untuk menghadapi imtihan syahadah nih, hari nih satu hari aku dapat bercakap ngan kakak2 Qiraat batch2 atas daku..

waa sungguh terharu, walaupun lama tak jumpa tapi syukur alhamdulillah daku dapat mendengar suara mereka..untuk amik semangat..hihi..perjuangan nih harus diteruskan walau letih walau lelah..buang perasaan culas dalam diri..kakak2 sekalian, nasihat n kalam taujihat dari kalian amat saya hargai..terasa macam kalian berada dekat dihati nih..

Moga ukhuwah fillah kita ini akan terus kekal buat selamanya...

hihihi..KAK MAYA..thanks sbb call saya pakai y.m ..rabithah kiter kuat e,sbb instinct saya sampai kat kak maya..hihi
n to all kakak2 lain..kak wani, n kak ellen...

SEMOGA KITA JUMPA LAGI DENGAN IZIN ALLAH...

setakat ni dlu.. ada banyak lagi tak hapal nih..doakan yer untuk daku dan kawan2 daku yang lain untuk pekser syahadah thun 3 nih..

la..la..la..ASSALAMUALAIKUM...
READ MORE - :: HARI YANG BERMAKNA ::

Thursday, April 23, 2009

:: TAHU, MAHU n JIHAD ::

SALAM 'ALAIK.. harap sihat2 smua..saja nak buat posting..memberi tazkirah untuk diri sendiri dan sesama kita..sok roomate ku bakal menduduki exam Quran syafawi..begitu tekun dia mengulang Quran..heheh daku ini bagaimana??..untuk SITI ROSLINA buat yang terbaik..anda mampu lakukan yang terbaik, bukan ilmu itu untuk diri sendiri tapi untuk agama Allah..:pompom: Ya Allah permudahkan adik2 Qiraat(thun 1 n 2) kami ni..semoga mereka dipermudahkan dalam imtihan..diberi keyakinan..aminn...Innallah ha ma'ana..

So posting kali ni aku ambil dari artikel iLuvislam..kredit untuk penulis. Walaupun pendek tapi bagi aku ia cukup padat dan mampat dan bleh difahami..so slamat membaca..:mRempit:



Tahu, Mahu dan Jihad

Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??


Sumber : ibnulatef.iluvislam.com


celoteh baie's: teringat kembali scene dalam cerita SANG MERABBI, perjuangan apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan akan menyebabkan kita menjadi lemah dan leka untuk kembali berjuang berbanding dengan apabila kita diuji dengan kekerasan dan keganasan,kita akan semangat dan akan tetap bertahan untuk terus berjuang..semangat juang dan jihad kita semakin tinggi apabila kita semakin ditindas..maka fikir2kanlah..


READ MORE - :: TAHU, MAHU n JIHAD ::

Sunday, April 12, 2009

:: COUNTDOWN PEKSER SEMAKIN HAMPIR ::

:look:SALAM 'ALAIK..saja nak menulis rehatkan otak sekejap dalam 10 min untuk mencoret buat entri kali ini..tgh dok sedap2 dengar lagu nasyid,dikejutkan satu berita..hohoho..JADUAL IMTIHAN TAHUN 3 SYAHADAH dah kluar!! di ulang.. sudah kluar !! adoyaiii makin dekat plak nak imtihan rasa berdebar..hihi ikutkan ati cam nak cepatkan lagi jer..tapi satu yang mustahil laa..daku pun tak stadi satu hape pun nih..huwaaa banyak mainn...:pandaGeli_21: ..camner nih?? daku akan berusaha semampu mungkin selebihnya daku mengharapkan pertolongan dari Allah..yang penting DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL 'ALA ALLAH...

NAk tau apa perasaan ku bila dah dapat jadual nih..hahaha makna aku dah nak balik MESIA..cam tak sabar nak bis pekser..nak balik...memang penantian satu kesabaran..sabar apabila diuji dengan kefuturan semangat yang kadang kala turun naik..

YA ALLAH NAJAHKAN KAMI YA ALLAH..DUNIA AKHIRAT..
YA ALLAH BERKATILAH ILMU YANG KAMI PELAJARI
YA ALLAH INGATLAH APA YANG KAMI HAPAL YA ALLAH..
GOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN YANG MUMTAZ YA ALLAH
GOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN ORG YANG BERIMAN YA ALLAH
GOLONGKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLAHAH YA ALLAH...

AMEENN YA RABB...
Photobucket

** jadual ni mungkin tertakluk pada perubahan semasa..ap2 pun kita nantikan kot2 ada jadual baru kuar..hihih ^_^

k lahh..kena kuar dlu nak tunaikan kewajipan..semoga ketemu lagi yok!
ASSALAMUALAIKUM..


celoteh baie's: stadi pulun2 maa..:mStudy:
READ MORE - :: COUNTDOWN PEKSER SEMAKIN HAMPIR ::

Friday, April 10, 2009

:: RABITHAH - izzatul islam


:: RABITHAH ::
oleh: izzatul islam


Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini tlah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMU

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan Syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya

Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMU

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal padaMu

Hidupkan dengan Ma'rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela


READ MORE - :: RABITHAH - izzatul islam

:: UNTUK KITA FIKIR SEJENAK ::

Assalamualaikum..rasa macam tertarik untuk aku masukkan artikel ni dalam entri aku kali ini..bukan malas untuk aku mengarang cumanya tak berkesempatan lagi untuk aku cari bahan2..sekadar untuk memberi input yg berisi dan sekadar perkongsian bersama..sebab kadang2 kita rasa dalam hati kita, rasa cam diri kita "cambest"..sama2lah kita memberi peringatan,kerana org yang berakal akan sentiasa mahukan diri mereka selalu diperingatkan agar mereka tidak terlupa atau tidak terleka..k, ma'assalamah...

Kematian Hati
www.iluvislam.com
Almarhum KH Rahmat Abdullah
Oleh:adila_erizal


Ramai orang tertawa tanpa menyedari sang maut sedang mengintainya. Ramai orang yang bersegera datang ke saf solat - kononnya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang, ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.


Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan bukan sekadar untuk berhenti hanya pada ilmu.

Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah (terasa banggakah) engkau yang hebat berbicara tentang keheningan senyap disaat rintih istighfar, kecupak air wudhu' pada dinginnya malam, lapar perut karena puasa atau kedalaman munajatmu dalam rakaat-rakaat panjang? Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tidak ada apa-apa.

Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan orang-orang berhati jernih bersangka baik, bahawa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.

As-Shiddiq Abu Bakar r.a saja selalu gementar saat dipuji orang! "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia melupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan ada yang menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan merasakan amalnya sangat banyak. Ada juga orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal! Malahan, menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan peribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata!

Dimana kau letakkan dirimu? Sewaktu kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan ketakutan. Sesudah pengalaman dan ilmu semakin bertambah, engkaupun berani tampil waima di hadapan sultan tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.

Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat maksiat menggodamu dan engkau menikmatinya?. Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa tangga kedewasaan rohani meninggi.

Rasa malu kepada ALLAH, dimanakah kau kuburkan ia? Di luar sana, rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka lewat layar kaca, sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung.

Ini potret negerimu: 228 000 remaja adalah penagih. Daripada 1,500 responden pelajar sekolah menengah, 25 % mengaku telah berzina dan hampir separuhnya setuju remaja bisa berhubungan seks di luar nikah asal jangan dengan perkosaan tanpa rela!

Mungkin engkau mulai berfikir, "Biasalah.." bila bermain mata dengan aktivis wanita (sama ada engkau lelaki atau sebaliknya), di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat? Atau bergayut dengan menambah waktu yang tak kau perlukan, sekadar melepas kejenuhan dengan canda gurau jarak jauh..Betapa biasanya 'dosa kecil' itu dalam hatimu.

Kemana getarannya yang gelisah dan terluka ketika dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat"? Saat engkau muntah melihat laki-laki (pondan) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung ustazmu yang mengatakan; jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton acting mereka tidak dilaknat? Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul bersama, lalu yang berteriak paling lantang "Ini tidak islami" berarti engkau yang paling islami?

Sesudah itu, tinggallah antara engkau dengan dirimu, tidakkah ALLAH ada disana? Sekarang engkau telah jadi kader hebat. Tidak lagi malu-malu tampil. Justeru engkau akan dihadang tentangan: sangat malu untuk menahan tanganmu dari berjabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga didepan ribuan massa. Semua gerak harus ditakar (control) dan maka jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki.

Lupakah engkau, jika tembakanmu ke sasaran meleset 1 milimeter, maka pada permulaan sejauh 300 meter ia belum tersasar walau 1 milimeter lagi ? Begitu jauhnya inhiraf (penyimpangan) di kalangan awam, sedikit sebanyak karena para elitnya telah salah melangkah terlebih dahulu.

Siapa yang mahu menghormati ummat yang "kiay"nya memberi ratusan ribu kepada seorang perempuan yang beberapa minit sebelum ia setubuhinya di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan mudahnya mengatakan "Itu maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku" dan sesudah itu segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah?

Siapa yang akan memandang ummat yang da'inya bergambar rapat dengan seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan "Ini anakku, karana kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat daripada ayah kandung dan ayah mertua" Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar diri sebagai 'alimullisan (alim di lidah)?

Apa kau fikir sesudah semua kedangkalan ini, kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang sama? Apa bezanya seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rakan perempuan dalam pergerakan da'wahnya? Akankah kau impikan penghormatan masyarakat awam karena statusmu, lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir? Bila demikian itu,... sekeji apakah kamu ini?

Pernahkah kamu lihat sepasang ibu dan bapa dengan anak remaja mereka. Perhatilah langkah mereka di pasaraya sana. Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyaknya membeli produk makanan ringan, semata-mata karena selera "westernnya".

Engkau akan menjadi faqih pendebat yang hebat saat engkau teguk minuman halal itu, dengan perasaan "lihatlah, betapa Amerikanya aku". Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah kamu punya harga diri.

Mahatma Ghandi memimpin perjuangan dengan memakai pakaian tenunan bangsa sendiri atau terompah tempatan yang tak berjenama. Namun setiap ia menoleh ke kanan, maka 300 juta rakyat India menoleh ke kanan. Bila ia tidur di rel kereta api, maka 300 juta rakyat India akan ikut tidur disana.

Kini, datang "pemimpin" ummat, ingin mengangkat harga diri dan penghormatan ummat dengan mempamerkan kereta dan rumah mewah, "kedai emas berjalan", juga segudang perhiasan. Saat fatwa dihebahkan, telinga ummat telah tuli oleh dentuman berita tentang hiruk pikuk pesta dunia yang engkau ikut mabuk disana. "Engkau adalah penyanyi bayaranku yang kukumpulkan dengan susah payah. Bila aku bosan, aku bisa memanggil penyanyi lain yang kicau merdunya lebih memenuhi seleraku" .

*****************************************

Tulisan asal: Almarhum KH Rahmat Abdullah (Hero Filem Sang Murobbi)
(Alih Bahasa daripada Bahasa Indonesia) .


celoteh baie's: bawak2lah insaf diri..banyakkan beristighfar...muhasabah diri balik

artikel ini dipetik dari>> http://www.iluvislam.com/

READ MORE - :: UNTUK KITA FIKIR SEJENAK ::

Thursday, April 9, 2009

:: IMTIHAN & MY PARENTS ::

:pandaGeli_05: Assalamualaikum..wah..wah..sudah sekian lama ku tak membuka dan memposting entriku..terasa bersawang-sawang..hihihi:pandaGeli_13: .. Ermm..kejap je e,..nak dekat 3 thun dah aku kat sini..kembara mencari ilmu...countdown pekser makin hampir..adik2 qiraat thun1 n 2 makin dkat dah ngan dorang nyer tarikh imtihan..aku?hihi..sebulan lebih..tak tolak campur darab bahagi aku kira-kira..huhu tak sampai sebulan. Maunyer seminggu jer..huwaaa...skang waktu kecemasan nih..kena pulun stadi..:mStudy: tapi musykil skang nih..ap skang yang tgh aku buat?? dan lagi memblog??:puteh_10:hahaha..tu la namanya takde kesedaran diri lagi.. Well sajer je nih,tetiber lak terasa nak memblog..ajak member kuar,cancel plak ..lalu trus aku membuat entri..:pandaGeli_01: wokeh..pendek kata..masa masih ada nak pulun stadi..nak motivasi diri masih sempat lagi.yang penting JANGAN PUTUS ASA selagi blum sampai waktunya..kalo tak dan gak..huhu pikir2lah salah siapa..ingat harapan mak ayah..doa mereka sentiasa mengiringi kejayaan anak2 mereka..i.Allah..:puteh_2:

Sebut pasai mak ayah,bulan satu aritu mak ayah ku yang terchintaa telah datang membuat rombongan lawatan tak rasmi utk anak nya yang terchinta..hiihi..:pandaGeli_03:(manjes btui bdak ni)
A.illah kebetulan dorang datang tyme maahad ku cuti 2mggu..apa lagi berjalan sakan la aku n kawan2 ku yang terchinta...mmg padat n sendat jadual bercuti for my parents..hik2 layan je la gambar2 ni e..nak cter panjang pun penat plak nak type..selamat melayan..jumpa lagi di entri yang lain...:pandaGeli_36:

ni jalan2 kat Giza..nak dekat 3thun baru dapat g..hihi

ni plak ari keesokan arinyer dah bertolak g sinai..ni bawak mama n babahku
ke kubu salehudin.

bergambar beramai-ramai..cheess

ni tyme kat wadi arbaien..

mamaku gembira setelah berjaya berposing ngan kubis2 di suk..

hihihi..last posing kat suk..


celoteh baie's: ni yang buat nak balik cepat nih..mama n babahku yang tercinthaa i.Allah kita jumpa di malaysia..doakan kejayaan anakanda di sini..
READ MORE - :: IMTIHAN & MY PARENTS ::
Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Modified by Blogger Tutorial

:: Peringatan Buat Orang Yang Berakal :: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP