Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Thursday, September 4, 2008

:: Perutusan Khas Sempena Bulan Ramdhan al-Mubarak ::

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS


Dikirim pada oleh pemudawilayah

k...stakat ni dlu aku posting untuk kali nih..cek nak g meronggeng jap naa..



:mRempit: huhuhu..k..akhir kata iklan dari aku...sama2lah kita tingkatkan amal ibadah kiter ngan perkara2 berfaedah..bukan stakat di bulan Ramadhan sahaja malah biarlah berterusan..k berceloteh pjg plak cek nih..
:j::u::m::p::a:
:l::a::g::i: ....
:pandaGeli_26: Daaaa...........
READ MORE - :: Perutusan Khas Sempena Bulan Ramdhan al-Mubarak ::

:: Perutusan Mursyidul Am Sempena Bulan Ramadhan ::

:mKanta::s::a::l::a::m:...buat kali ni aku nak posting Perutusan Khas Sempena Ramadhan al-Mubarak dari kalam Mursyidul Am PAS dan juga Presiden PAS..aku amik artikel nih dari sumber:-http://dppwp.wordpress.com/...k layannn..
:z:aA:s::s:.....


Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.

Dikirim pada oleh pemudawilayah


READ MORE - :: Perutusan Mursyidul Am Sempena Bulan Ramadhan ::

Monday, September 1, 2008

:: dah 1 Ramadhan dah..::

:s::a::l::a::m:....datang kembali untuk memposting...huhu dah masuk 1 ramadhan..ini bermakna aku dah menyambut ramdhan 3kali di bumi mesir..huhu

:mSad: sedih mmg sedih tapi nak wat camner camnih la dok di perantauan..baru jer pas tepon babah kat mesia..
:phonehappy: ada ka dah pasang lagu raya kat mesia..tapi paper hal poser kat mesir memang best..
:pandaGeli_01: biler taun e nak dapat duit raya...
:n::g::e::h::2::x:
:mDuit: walaupun tgh bulan poser tak bermakna dok tak wat per..tapi skang nih bdak2 melizi kat mesir nih tgh hangat gak mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan..tak kira aa baik di BKAN atau di muhafazah2 yang ada..jadi memang keadaan akan menjadi panas
:mPanas: walaupun keadaan musim panas akan bertukar musim sejuk tak lama lagi..nih yang best nih..suka2 ..aku suka musim sjuk..cambest..bleh golek2 buat kuih gulung dalam lihaf huhu..
:mGelak: takder aa lawak jerr..apa2 pun slamat berposer and slamat ber MAT buat korang2..jgn lupa balik BKAN masing2 g ngundi..ngah2 k......daaaaa
:puteh_27:
READ MORE - :: dah 1 Ramadhan dah..::
Daisypath Vacation PicDaisypath Vacation Ticker

Modified by Blogger Tutorial

:: Peringatan Buat Orang Yang Berakal :: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com Blogger Styles

TOP